Docsity
Docsity

Prepare for your exams
Prepare for your exams

Study with the several resources on Docsity


Earn points to download
Earn points to download

Earn points by helping other students or get them with a premium plan


Guidelines and tips
Guidelines and tips

The Importance of Industrial Training in Engineering Education, Assignments of Industrial Engineering

industral traing report for internship in jps

Typology: Assignments

2020/2021

Uploaded on 01/23/2021

nuryn-yusrina
nuryn-yusrina 🇲🇾

2 documents

1 / 3

Toggle sidebar

This page cannot be seen from the preview

Don't miss anything!

bg1
BAB V
KESIMPULAN
Sepanjang menjalani latihan industri di BPME Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri,
Johor yang bermula pada 11 Jun 2016 hingga 1 Disember 2016, telah banyak pengetahuan
dan pengalaman yang diperolehi dimana pengalaman tersebut kita tidak akan dapat hanya
sekadar mengetahui secara teori. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dapat
membantu untuk didunia pekerjaan yang sebenar kelak apabila sudah menamatkan
pengajian.
pf3

Partial preview of the text

Download The Importance of Industrial Training in Engineering Education and more Assignments Industrial Engineering in PDF only on Docsity!

BAB V

KESIMPULAN

Sepanjang menjalani latihan industri di BPME Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Johor yang bermula pada 11 Jun 2016 hingga 1 Disember 2016, telah banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dimana pengalaman tersebut kita tidak akan dapat hanya sekadar mengetahui secara teori. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dapat membantu untuk didunia pekerjaan yang sebenar kelak apabila sudah menamatkan pengajian.

Latihan industri merupakan salah satu syarat untuk dianugerahkan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program Latihan Industri bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian. Selain itu, saya juga berpeluang mempraktikkan dan mengaplikasi sebahagian perkara yang dipelajari , sama ada teori ataupun praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini. Namun demikian, di tempat kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam diri seseorang pekerja. Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum. Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan industri ini di BPME Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor dengan jayanya. Sepanjang tempoh latihan industri iaitu 20 minggu, saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengajaran melalui tugasan saya. Sebagai sebahagian daripada pekerja di Jabatan Pengairan dan Saliran kita dikehendaki memahami dan mengenali setiap bahagian dan tugas-tugas utama setiap bahagian. Walaupun latihan industri merupakan perkara yang diwajibkan untuk semua pelajar, namun ia merupakan satu peluang yang terbaik untuk pelajar. Mereka dapat menimba pengalaman dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan kerja seharian. Dengan itu, pelajar akan bergiat mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran pada perkara tersebut.